Hari
Raya 2016!!!
Alhamdulillah……
Setelah
sebulan kita berpuasa akhirnya kita dapat juga menempuh cabaran yang diberi
oleh ALLAH untuk tahan daripada makan dan minum. Kita dapat meraikan Hari Raya
Aidilfitri yang mulia ini. Sekarang, saya ingin ceritakan tentang keluarga saya
menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pada pagi itu, setelah kami solat Subuh, kami
segera bersiap-siap untuk menyambut hari raya. Semua orang berpakaian cantik-cantik
da lawa-lawa belaka. Perkara pertama yang kami lakukan ialah melawat kubur
nenek kami. Kami membaca surah Yasin dan membaca doa. Selepas itu, kami pulang
semula ke kampung dan makan. Kemudian, barulah kami pergi melawat dan beraya di
rumah sepupu sepupu. Saya makan ketupat, lemang, rendang, kuih raya dan lain-lain. Kami mengambil banyak gambar sebagai kenangan kami……
No comments:
Post a Comment