Tuesday, 18 October 2016

Hari Raya 2016!!!

Alhamdulillah……
Setelah sebulan kita berpuasa akhirnya kita dapat juga menempuh cabaran yang diberi oleh ALLAH untuk tahan daripada makan dan minum. Kita dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini. Sekarang, saya ingin ceritakan tentang keluarga saya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pada pagi itu, setelah kami solat Subuh, kami segera bersiap-siap untuk menyambut hari raya. Semua orang berpakaian cantik-cantik da lawa-lawa belaka. Perkara pertama yang kami lakukan ialah melawat kubur nenek kami. Kami membaca surah Yasin dan membaca doa. Selepas itu, kami pulang semula ke kampung dan makan. Kemudian, barulah kami pergi melawat dan beraya di rumah sepupu sepupu. Saya makan ketupat, lemang, rendang, kuih raya dan lain-lain. Kami mengambil banyak gambar sebagai kenangan kami……













Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

Sekarang saya mahu cerita pula tentang unit beruniform yang saya sertai. Saya menyertai Puteri Islam kerana Puteri Islam melakukan pelbagai aktiviti seperti gubahan bunga, membuat sandwich, pertandingan kawad kaki, hari puteri dan lain-lain. Baju kurung Puteri Islam bewarna putih. Kain dan tudungnya pula berwarna merah jambu. Baju kurung ini ialah pakaian rasmi. Puteri Islam mempunyai pelbagai baju seperti baju kawad dan baju riadah. Saya amat bangga kerana dapat menyertai persatuan ini dan tidak menyesal kerana memilih persatuan ini……
Ini logo kami.....



Pengertian logo...



Baju kami...





Lagu puteri...



Falsafah PPIM...



Matlamat PPIM...



Misi & Visi PPIM...





Objektif PPIM...



Bendera PPIM...



Cogankata PPIM...



Ikrar puteri...



Suluh kata...






















Hobi Saya

Ini ialah tajuk terakhir yang hendak saya ceritakan iaitu tentang hobi saya. Hobi saya ialah membaca novel, berbasikal, bermain badminton dan berenang. Saya pilih membaca novel kerana jalan ceritanya yang menarik dan kadang kadang ada pengajaran di sebalik cerita itu. Saya pilih berbasikal kerana saya biasa berbasikal pada waktu pagi atau petang dan ia dapat menyihatkan tubuh badan kita. Saya juga pilih bermain badminton dan berenang kerana cara bermain badminton dan berenang menarik perhatian saya. Kadang kadang juga saya membaca Al-quran kerana saya rasa tenang apabia saya membaca Al-quran.










Monday, 10 October 2016

Tentang saya

Assalamualaikum…
Hari ini saya akan menceritakan tentang saya……
Nama saya Che Siti Rabiatul Adawiyah binti Che Zulkeflee. Saya berumur 11 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Rendah Setia Budi. Saya dilahirkan pada 21 September 2005. Makanan kegemaran saya ialah Kari Ayam dan minuman pula Milo Ais. Warna kegemaran saya ialah ungu. Saya memilih warna ini sebagai warna kegemaran kerana ianya cantik. Cita-cita saya ialah menjadi ustazah. Saya memilih cita-cita ini supaya saya dapat mengetahui Islam lebih mendalam lagi dan dapat mengajar orang lain.